Back to Home
Completed

Merdeka Cup 2026

29 Aug 2026–30 Aug 2026 · OFV Paintball Park - Penang

Teams

2

Players

9

Divisions

2

Games

0

Merdeka Cup 2026

About the Event

Merdeka Cup 2026 – Paintball Tournament Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Pejabat Ahli Parlimen Bayan Baru dengan kerjasama OFV Paintball Park membawakan Merdeka Cup 2026, sebuah kejohanan paintball selama dua hari yang terbuka kepada pemain berpengalaman serta pemain baharu. Kejohanan akan berlangsung pada 29 dan 30 Ogos 2026 di OFV Paintball Park Penang, SAINS@USM, Persiaran Bukit Jambul. 29 Ogos 2026 – 3 on 3 Open E-Marker Kategori ini terbuka kepada pemain daripada semua division dan menggunakan format pertandingan 3 lawan 3 dengan E-Marker. Yuran penyertaan: RM350 satu pasukan Pendaftaran pasukan: 4 orang Paintballs: RM210 satu kotak Juara: RM1,200 + trofi + medal Tempat kedua: RM600 + medal Tempat ketiga: RM300 + medal Tempat keempat: Medal 30 Ogos 2026 – 5 vs 5 Rookie Division Kategori Rookie diwujudkan khas untuk pemain baharu dan pemain yang ingin mendapatkan pengalaman pertandingan dalam suasana yang kompetitif dan terkawal. Yuran penyertaan: RM500 satu pasukan Pendaftaran pasukan: 6 orang Semua peralatan disediakan, termasuk mask, vest dan paintball marker Juara: RM1,200 + trofi + medal Tempat kedua: RM600 + medal Tempat ketiga: RM300 + medal Tempat keempat hingga kelapan: Medal Maklumat Pendaftaran Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Ogos 2026. Slot adalah terhad dan pendaftaran awal amat digalakkan. Untuk pendaftaran atau pertanyaan, hubungi melalui WhatsApp: 012-402 0469 Sertai kami untuk dua hari penuh aksi, semangat kesukanan dan sambutan kemerdekaan di medan paintball. Daftarkan pasukan anda dan rebut peluang untuk menjadi juara Merdeka Cup 2026!

Organizer

M

MOHD MUZAHAR BIN RAHIM

ofvpaintball@yahoo.com